MAKLUMAT PUSAT
SUMBER SEKOLAH
2.1 SEJARAH PSS
2.1.1
Sekolah Menengah Kebangsaaan Tengku Intan Zaharah (
nama asalnya ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Dungun ) bermula pada tahun 1965.
Penubuhan sekolah ini bermula dengan sebuah kelas aliran Melayu di Dungun
English Secondary School ( Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar ) pada tahun
1965.
Pada tahun
1970, Perpustakaan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Intan Zaharah ( SMKTIZ )
dibangunkan seiring dengan penambahan bilik-bilik lain seperti makmal sains,
bilik darjah dan sebagainya.
Selaras dengan
perkembangan ini, unit-unit PSS yang lain seperti Bilik Tayangan / Alat Pandang
Dengar ( APD ), Bilik Komputer, Makmal SAL, Makmal Komputer, Pusat Akses,Bilik
Bahan Bantu Mengajar ( BBM ) dan Bilik ETeMs telah ditambah bilangannya bagi
memenuhi keperluan P & P semasa bersesuaian dengan visi PSS sekolah iaitu
PSS Pemangkin Kecemerlangan Sekolah.
2.1.2
Infrastruktur:
Terbahagi
kepada unit-unit yang ada:
·
Unit Perpustakaan
·
Unit Bilik Tayangan / APD (Bilik Kuliah 1 dan 2)
·
Unit BBM
·
Unit Papan Kenyataan
·
Unit Bank Soalan
·
Makmal Komputer
·
Pusat Akses
·
Bilik Komputer
·
Program NILAM
·
Bilik Bilik Bahasa Jepun
·
Bilik Bahasa Arab
·
Bilik Bahasa Inggeris ( Bilik SAL )
Manakala
koridor PSS pula terbahagi kepada :
·
Bilik Kelas Berinformasi
·
Bilik Tenang
·
Surau Intan Sakinah
·
Bilik Disiplin
·
Café Intan
·
Anjung Seni
·
Bilik Rawatan & Kesihatan
·
Laluan Ilmu
·
Taman Informasi
·
Balai Ilmu
·
Bilik Kaunseling
·
Bilik Guru
·
Bilik BOSS
·
Bilik Peperiksaaan
·
Dewan Ali Jabbar
·
Dewan Ismail Manap
·
Bilik Kurikulum
2.2
PELAN
LOKASI
2.3
VISI
“PSS PEMANGKIN KECEMERLANGAN SEKOLAH”
2.4
MISI
Menjana dan membentuk warga sekolah yang berilmu,
dinamis, kreatif, inovatif dan berdisiplin dengan merealisasikan PSS sebagai
pusat sumber bermaklumat seiring dengan matlamat wawasan dan Falsafah Pendidikan
Negara.
2.5
PIAGAM
PELANGGAN PSS
2.5.1
Memastikan pengguna mendapat tempat dan ruang yang
selesa dan mencukupi
2.5.2
Memastikan pengguna mendapat kemudahan bahan bantu
yang terkini dan berkeadaan baik dengan segera
2.5.3
Menyediakan bahan bantu mengajar dan bahan bacaan
mencukupi untuk keperluan atau kegunaan pengguna
2.5.4
Menyediakan maklumat relevan dan terkini kepada warga
sekolah
2.5.5
Sedia memberi khidmat kepakaran dalam penggunaan
teknologi pendidikan kepada pengguna dari semasa ke semasa
2.5.6
Memberi khidmat, layanan mesra, bersopan dan setiasa
peka kepada masalah pengguna
2.5.7
Menyediakan kemudahan dan menentukan kaedah tempahan
penggunaan PSS kepada pengguna
2.5.8
Membantu memupuk tabiat pembelajaran kendiri, membaca
dan menjalankan penyelidikan melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara
sistematik
2.6
MATLAMAT PSS
2.6.1
Mempertingkatkan mutu pendidikan di sekolah.
2.6.2
Membentuk profesion perguruan yang berilmu, dinamis,
kreatif, inovatif dan berdisplin untuk membantu membina sahsiah guru-guru
supaya mereka dapat memainkan peranan yang berkesan dalam pembangunan agama,
bangsa dan negara.
2.6.3
Membantu golongan pelajar yang berilmu, dinamis,
kreatif dan berdisiplin untuk membantu pembinaan sahsiah pelajar itu sendiri
supaya dapat memainkan peranan yang positif apabila mereka tamat persekolahan.
2.6.4
Merapatkan jurang perbezaan antara kemudahan-kemudahan
pendidikan sekolah-sekolah luar bandar dengan sekolah-sekolah di bandar
2.7
OBJEKTIF
Objektif Pusat Sumber Sekolah ialah:
2.7.1
Menguruskan
maklumat
PSS
sebagai tempat mengumpul, menyimpan serta mengedarkan pelbagai maklumat.
Maklumat-maklumat ini mencakupi pelbagai
bidang keilmuan seperti kemanusiaan, sains,
teknologi, agama dan
sebagainya. Dengan maklumat-maklumat
inilah guru-guru dan para
pelajar dapat memperkayakan pengalaman-pengalaman
pengajaran dan pembelajaran mereka.
2.7.2
Kecemerlangan
pendidikan
Adalah
diharapkan PSS akan dapat mempertingkatkan mutu pengajaran pembelajaran serta
dapat meningkatkan prestasi pencapaian akademik di kalangan pelajar-pelajarnya.
2.7.3
Penggunaan
kemudahan
Menggalakkan
pelajar-pelajar, guru-guru serta kakitangan sekolah menggunakan pelbagai
kemudahan pembelajaran supaya mereka mempunyai tahap keilmuan yang tinggi
hasilnya dari kajian dan pembacaan yang tidak ditumpukan kepada buku teks
semata-mata.
2.7.4
Memupuk Tabiat
Belajar
Adalah
diharapkan dengan adanya Pusat Sumber Sekolah akan dapat membantu memupuk
tabiat belajar sendiri, membaca dan
menjalankan penyelidikan melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara
sistematik.
2.7.5
Penghasilan
Bahan
Pusat Sumber
Sekolah juga merupakan tempat untuk menghasil, menilai dan menggunakan pelbagai
alatan/ bahan untuk proses pengajaran dan pembelajaran.
2.7.6
Perkhidmatan
Pembelajaran
Pusat Sumber
Sekolah juga harus berupaya memberi pandangan dan cadangan untuk melaksanakan
kurikulum sekolah dengan berkesan. Oleh
yang demikian, kakitangannya bukan sahaja mesti mempunyai pengetahuan dan
kemahiran tentang media pendidikan tetapi juga bagaimana media dapat
disepadukan dalam pengajaran dan pembelajaran supaya berkesan. Khidmat runding dan nasihat ini hendaklah ditawarkan
bila-bila masa yang diperlukan. Ia boleh
diberi dalam bentuk sesi tunjuk ajar, bengkel, kursus, pameran, temubual,
dialog atau apa sahaja cara yang boleh menghasilkan konteks antara kakitangan
media dengan guru-guru dan para pelajar.
2.7.7
Kemahiran
Maklumat
Pusat Sumber
Sekolah juga seharusnya berperanan melatih pelajar-pelajar supaya dapat
menggunakan kemahiran maklumat dalam proses pembelajaran mereka.
2.8
FUNGSI PUSAT
SUMBER SEKOLAH
2.8.1 Mengenalpasti dan menyediakan koleksi bahan untuk
keperluan kurikulum dan kokurikulum
2.8.2 Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh
digunakan secara individu atau kumpulan
dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
2.8.3 Merupakan tempat penyimpanan bahan P & P untuk
digunakan dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah.
2.8.4 Memberi panduan dalam mencari, mengguna, menghasil dan
mempersembahkan maklumat selaras dengan keperluan kurikulum.
2.8.5 Menjadi pusat perhubungan di antara sekolah dengan
agensi-agensi lain bagi tujuan perolehan atau pinjaman bahan yang diperlukan.
2.8.6
Menggalak dan mempromosikan aktiviti membaca dan
kemahiran maklumat.
2.8.7 Menyediakan peluang kepada pelajar untuk mengembangkan
kemahiran belajar secara pembelajaran kendiri.
2.8.8
Menyediakan kemudahan untuk menyokong aktiviti
pembelajaran.
2.8.9 Membuat perancangan supaya koleksi bahan selaras
dengan keperluan semasa serta terkini dalam bidang pendidkan dan teknologi.
2.8.10 Menyediakan
rakam-salin serta memberi perkhidmatan bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.
No comments:
Post a Comment