SELAMAT DATANG KE BLOG PSS SMKTIZ

PERATURAN

PERATURAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

PERATURAN AM :

 PERATURAN AM KETIKA BERADA DI PUSAT SUMBER SEKOLAH:

1.          Semua unit PSS terbuka kepada semua warga SMKTIZ.
2.         Murid tidak dibenarkan masuk ke PSS tanpa guru mata pelajaran atau kebenaran guru unit PSS.
3.         Tidak dibenarkan membuat bising di dalam PSS.
4.         Tidak dibenarkan membawa masuk makanan dan minuman serta makan dan minum di dalam PSS.
5.     Tidak dibenarkan menyalahgunakan, merosakkan dan membawa keluar bahan-bahan PSS tanpa kebenaran.
6.         Tidak dibenarkan membuang sampah di merata-rata tempat di dalam PSS.
7.         Sila buang sampah ke dalam bakul sampah yang telah disediakan. Sila jaga kebersihan PSS.
8.         Kerjasama semua pihak amatlah dihargai agar PSS SMKTIZ dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

5.2. PERATURAN KHUSUS.

A.         PERATURAN PERPUSTAKAAN

·         Peraturan Umum.

  1. Masa perkhidmatan ialah pada waktu rehat I (10.20-10.50 pagi), rehat II (11.00-11.30 pagi) dan waktu petang(2.30-4-30 petang).
  2. Kebersihan dan keceriaan perpustakaan adalah tanggungjawab bersama.
  3. Semua pelajar hendaklah sentiasa berdisiplin ketika berada di perpustakaan.
  4. Pelajar mesti memakai pakaian seragam sebelum memasuki perpustakaan.
  5. Guru hendaklah berada di pintu masuk bagi memudahkan kawalan pelajar.
  6. Guru bertanggungjawab memastikan pelakuan pelajar sepanjang berada di perpustakaan.
  7. Pengguna perpustakaan dikehendaki menyusun semula buku, peralatan atau bahan yang telah digunakan ke tempat asal.
  8. Bagi guru yang menggunakan perpustakaan pada waktu akhir hendaklah memastkan semua suis elektrik ditutup.
  9. Guru hendaklah membuat tempahan sebelum membawa masuk pelajar dan merekodkan penggunaannya di dalam buku rekod yang telah disediakan.

B.           PERATURAN BILIK TAYANGAN / APD – BILIK KULIAH 1 & 2.

·         Peraturan Umum.

  1.        Masa perkhidmatan ialah pada waktu P&P iaitu 7.40 pagi hingga 2.50 petang.
  2.        Kebersihan dan keceriaan bilik APD adalah tanggungjawab bersama.
  3.       Semua pelajar hendaklah sentiasa berdisiplin ketika berada di bilik APD.
  4.       Pelajar mesti memakai pakaian seragam sebelum memasuki bilik APD.
  5.      Guru hendaklah berada di pintu masuk bagi memudahkan kawalan pelajar.
  6.      Guru bertanggungjawab memastikan pelakuan pelajar sepanjang berada di bilik APD.
  7.      Pengguna bilik APD dikehendaki menyusun semula kerusi atau peralatan yang telah digunakan ke tempat asal.
  8.      Bagi guru yang menggunakan bilik APD hendaklah memastikan semua suis elektrik ditutup.
  9.      Guru hendaklah membuat tempahan sebelum membawa masuk pelajar dan merekodkan penggunaannya di dalam buku rekod yang telah disediakan.


C.         PROGRAM NILAM DI PERPUSTAKAAN (BILIK NILAM).
·         Peraturan Asas.
1.    Semua pelajar diwajibkan mengikuti Program NILAM.
2.    Bagi pelajar tingkatan 1 hingga 5, mereka mesti mempunyai Rekod Bacaan NILAM.
3.    Setiap kali mereka membaca buku sama ada buku berbentuk fiksyen atau bukan fiksyen, mereka perlu merekodkan bacaan mereka ke dalam Rekod Bacaan NILAM.
4.    Setiap kali waktu Program NILAM di perpustakaan, pelajar mesti membawa bersama-sama Rekod Bacaan NILAM.
5.    Guru yang bertugas perlu memastikan pelajar merekodkan bacaan mereka.
6.    Pada setiap akhir bulan, pelajar perlu menghantar Rekod Bacaan NILAM mereka kepada guru kelas.
7.    Guru kelas perlu menyemak Rekod Bacaan kelas masing-masing dan menghantar maklumat bacaan kepada guru NILAM untuk tujuan perekodan.
8.    Pelajar yang mencapai tahap pencapaian akan diberikan pingat.
9.    Semasa menggunakan Bilik NILAM, guru perlu mengawal disiplin pelajar.
10. Pelajar tidak dibenarkan makan, minum dan membuat bising.
11. Pelajar perlu mencatat nama dalam rekod penggunaan.
12. Sebelum keluar pastikan buku disusun semula dan keadaan bilik berkeadaan bersih dan teratur.

D.         PERATURAN MAKMAL KOMPUTER
1.    Dilarang membawa beg, makanan atau minuman masuk ke dalam makmal.
2.    Dilarang membawa sebarang cakera perisian luar masuk ke dalam makmal kecuali dengan keizinan Penyelaras ICT-disket dari luar hendaklah di scan terlebih dahulu.
3.    Dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian dari makmal kecuali dengan keizinan Penyelaras ICT.
4.    Pelajar dilarang melaraskan pendingin hawa.
5.    Pelajar-pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal tanpa guru pengawas.
6.    Semua pengguna komputer adalah dilarang sama sekali mengusik/mengubah sebarang sambungan wayar pada komputer.
7.    Jika terdapat sebarang bunyi yang ganjil, bau benda terbakar, bahagian komputer terlalu panas atau sebarang yang disyakki tidak normal, sila laporkan dengan segera kepada guru yang bertugas –offkan mana-mana suis yang perlu.
8.    Laporkan sebarang kerosakan perkakasan atau perisian kepada guru yang bertugas.
9.    Tidak dibenarkan membawa liquid paper.
10. Dilarang membuat bising di dalam makmal.
11. Dilarang mencetak bahan-bahan yang mengandungi unsur-unsur lucah, menghina atau menfitnah pihak tertentu, atau simbol yang seumpamanya yang kemudiannya ditampal dan disebarkan.
12. Dilarang mengubah apa-apa settings dalam komputer.
13. Dilarang menambah software & hardware yang sedia ada.
14. Semua hasil kerja hendaklah disimpan (save) di dalam folder pelajar (hard disk) dan bukannya ke dalam pelayanannya.
15. Peralatan seperti LCD dan printer hanya boleh dikendalikan oleh guru.
16. Guru yang bertanggungjawab membawa pelajar/kelas ke Makmal Komputer hendaklah menulis maklumat dalam buku log makmal.
17. Pengguna komputer hendaklah menulis maklumat ke dalam buku log komputer.
18. Pengguna hendaklah sentiasa berpakaian kemas semasa berada di dalam makmal.
19. Pengguna hendaklan sentiasa menjaga kebersihan Makmal Komputer.

E.         PERATURAN BILIK BAHASA INGGERIS

1.    Pelajar tidak dibenarkan masuk ke Bilik Bahasa Inggeris tanpa guru pengiring atau guru bertugas.
2.    Tidak dibenarkan membuang sampah di dalam Bilik Bahasa Inggeris.
3.    Sila jaga kebersihan bilik.
4.    Dilarang merosakkan peralatan dan bahan di dalam Bilik Bahasa Inggeris.
5.    Dilarang membawa keluar sebarang bahan dari bilik berkenaan tanpa kebenaran daripada guru.


F.          PERATURAN PUSAT AKSES
1.    Dilarang membawa beg, makanan atau minuman ke dalam Pusat Akses Sekolah.
2.    Dilarang membawa masuk sebarang cakera perisian milik persendirian kecuali dengan kebenaran guru bertugas.
3.    Dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian komputer daripada Pusat Akses Sekolah.
4.    Dilarang sama sekali mengusik sebarang pendawaian atau sambungan kabel yang terdapat di belakang komputer.
5.    Dilarang memasukkan sebarang perisian luar dan mengubah konfigurasi komputer.
6.    Dilarang menyimpan semua hasil kerja dalam cakera keras komputer.
7.    Pengguna hendaklah meekod penggunaan komputer dalam buku log.

G.         BILIK PPSMI
1.    Bilik PPSMI terbuka kepada semua warga SMKTIZ.
2.    Murid tidak dibenarkan masuk ke PSS tanpa guru mata pelajaran atau kebenaran guru Bilik PPSMI.
3.    Tidak dibenarkan membuat bising di dalam Bilik PPSMI.
4.    Tidak dibenarkan membawa masuk makanan dan minuman serta makan dan minum di dalam Bilik PPSMI.
5.    Tidak dibenarkan menyalahgunakan, merosakkan dan membawa keluar bahan-bahan Bilik PPSMI tanpa kebenaran.
6.    Tidak dibenarkan membuang sampah di merata-rata tempat di dalam Bilik PPSMI.
7.    Sila buang sampah ke dalam bakul sampah yang telah disediakan. Sila jaga kebersihan Bilik PPSMI.
8.    Pastikan kipas, lampu dan air-cond ditutup selepas digunakan.
9.    Kerjasama semua pihak amatlah dihargai agar PSS SMKTIZ dapat dimanfaatkan sepenuhnya.


5.3       PERATURAN PENGGUNAAN ALAT / RUANG (BILIK)
            a)         PERPUSTAKAAN INTAN GEMILANG & PRA UNIVERSITI.
·         Peraturan sebelum masuk.
1.    Dilarang membawa masuk makanan dan minuman ke dalam perpustakaan.
2.    Dilarang membawa masuk beg sekolah, buku rujukan, fail, atau peralatan luar.
3.    Hanya dibenarkan membawa masuk alat tulis dan kertas sahaja.
4.    Pelajar tidak dibenarkan masuk pada waktu pengajaran dan pembelajaran tanpa kehadiran guru.
5.    Pelajar dikehendaki menanggalkan kasut dan berbaris ketika masuk dan keluar perpustakaan.
6.    Kanak-kanak atau binatang peliharaan tidak dibenarkan bawa masuk ke perpustakaan.

·         Peraturan semasa berada di perpustakaan.

1.    Pelajar dilarang makan dan minum serta membuat bising.
2.    Pelajar dilarang membawa masuk dan keluar sebarang bahan bacaan tanpa kebenaran.
3.    Dilarang menconteng, merosakkan atau mengoyak bahagian-bahagian tertentu di dalam mana-mana bahan bacaan.
4.    Dilarang membawa atau menyembunyikan bahan bacaan bukan di tempat asalnya.
5.    Dilarang memindahkan bahan bacaan ke rak lain.
6.    Dilarang membuang sampah di merata-rata tempat.
7.    Pihak perpustkaan tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kehilangan barang persendirian yang dibawa masuk.






b)BILIK BBM

1.    Semua bahan atau alatan yang dipinjam hendaklah direkodkan ke dalam buku rekod pinjaman.
2.    Bahan atau alatan yang dipinjam hendaklah diambil dan dipulangkan oleh guru.
3.    Tempoh pinjaman hendaklah tidak melebihi dua hari.
4.    Tempoh pinjaman boleh dilanjutkan dengan memperbaharui rekod pinjaman.
5.    Semua bahan yang dikembalikan hendaklah disimpan di tempat asal.
6.    Bahan atau alatan tidak dibenarkan dibawa pulang kecuali dengan kebenaran.
7.    Tidak dibenarkan makan dan minum di bilik BBM.
8.    Jika berlaku sebarang kerosakan atau kehilangan carta atau alatan sila laporkan kepada guru BBM dengan segera.

a)    PUSAT AKSES

·         KESELAMATAN SISTEM RANGKAIAN.

Susun atur mengikut spesifikasi dan piawaian pengkabelan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Semua komputer mesti dirangkaikan dan boleh mengakses internet.
Aras kebenaran pengguna (Access Right) mesti dihadkan untuk mengelakkan daripada membuat penguahsuaian konfigurasi komputer.

·         KESELAMATAN PERISIAN DAN APLIKASI.

Patches untuk sistem pengoperasian yang terkini.
Perisian anti-virus yang terkini.
Menggunakan perisian yang berlesen.
Manual instalasi mudah diperolehi.

·         KESELAMATAN MENGAKSES INTERNET.

Mesti mematuhi Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam bilangan 1 Tahun 2003 – UPTM 159/526/9 Jld. 3 (9) – garis Panduan Mengenai tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik Di Agensi-agensi Kerajaan (boleh muat turun daripada http://www.mampu.gov.my/mampu/bm/Circulars/BM/Main.htm)


·         KESELAMATAN PENYIMPANAN BAHAN.

Pengguna tidak dibenarkan menyimpan bahan di cakera keras komputer Pusat Akses Sekolah.
Sentiasa menyelenggara ruang cakera keras komputer (housekeeping) untuk menjamin pengoperasian komputer sentiasa di tahap optimum dan stabil.
           
5.4       PERATURAN PINJAMAN DAN PEMULANGAN BAHAN / ALAT
a)            PERPUSTAKAAN.
·         Peraturan pinjaman.
1.    Pelajar dibenarkan meminjam buku sebanyakdua buah sahaja dalam sesuatu masa.
2.    Tempoh pinjaman adalah selama 5 hari. Denda akan dikenakan sebanyak 10 sen sehari kepada pelajar yang lewat memulangkannya.
3.    Buku yang dikembalikan mestilah dalam keadaan yang baik.
4.    Pelajar hendaklah bertanggungjawab ke atas semua buku yang dipinjam di atas namanya.
5.    Urusan pinjaman dan pemulangan buku hendaklah dibuat pada waktu rehat dan petang sahaja.
6.    Tindakan akan dikenakan kepada pelajar yang menyewakan kad pinjaman mereka kepada pelajar lain.

b)         BILIK BBM

1.  Semua bahan atau alatan yang dipinjam hendaklah direkodkan ke dalam buku rekod pinjaman.
2.  Bahan atau alatan yang dipinjam hendaklah diambil dan dipulangkan oleh guru.
3.  Tempoh pinjaman hendaklah tidak melebihi dua hari.
4.  Tempoh pinjaman boleh dilanjutkan dengan memperbaharui rekod pinjaman.
5. Semua bahan yang dikembalikan hendaklah disimpan di tempat asal.
6. Bahan atau alatan tidak dibenarkan dibawa pulang kecuali dengan kebenaran.

No comments:

Post a Comment


PENAFIAN

Admin Blog ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.
Hakmilik © 2012