SELAMAT DATANG KE BLOG PSS SMKTIZ

Wednesday 19 September 2012

BENGKEL PEMANTAPAN PSS UNTUK GPM PKG SERI DUNGUN TAHUN 2012


Bengkel Pemantapan PSS untuk GPM PKG Seri Dungun telah diadakan pada 11 September 2012 (Selasa) di SMK Tengku Intan Zaharah, Dungun, Terengganu. Bengkel anjuran PKG Seri Dungun ini disertai oleh GPM yang menjadi ahli PKG Seri Dungun. Seramai 16 orang GPM yang terdiri daripada GPM sekolah rendah dan sekolah menengah telah menyertai bengkel tersebut. Bengkel ini dikendalikan oleh PTP PKG Seri Dungun iaitu Encik Zamani bin Abdul Latif dengan kerjasama unit PSS SMK Tengku Intan Zaharah.



Peserta telah didedahkan secara ringkas mengenai pengurusan dokumen yang berkaitan sistem fail PSS iaitu Fail Kuasa dan Fail Meja GPM. Selain itu juga, perbengkelan ini turut menjadi medan perkongsian ilmu dan permuafakatan antara GPM dalam menyelesaikan permasalahan yang timbul dalam menguruskan PSS sekolah masing-masing.


GPM juga turut dibawa melawat unit PSS SMK Tengku Intan Zaharah untuk melihat sendiri pengurusan dokumen yang dilaksanakan di sekolah berkenaan. Maklum balas yang diterima daripada GPM yang menyertai bengkel ini adalah positif iaitu aktiviti sebegini sewajarnya diteruskan pada masa-masa akan datang bagi meningkatkan lagi kualiti kerja dan pengurusan PSS.




No comments:

Post a Comment


PENAFIAN

Admin Blog ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.
Hakmilik © 2012